Sunday, 20 January 2013

nasib kau lah ADILA .

yo yo yo~ apa khabar semua? lama sudah tidak meng'ayat' di sini. waha~ padahal baru berapa hari je kot. yeah, kalau ikutkan hati, aku nak sangat updates blog SETIAP hari tapi itulah. ketandusan idea untuk membuat entry. same saje seperti para blogger yang lain. bila ada idea, berlambak pulak sampai tak tahu nak  kongsi yang mana satu dulu, tapi bila dah tak ada, terkapai-kapai sudah imaginasi dan buah fikiran sehingga membuatkan kita terasa KOSONG KOSONG KOOOSONG~

aku ni dah banyak kali kot cakap dekat korang nak cerita apa yang jadi time aku menyepikan diri tapi tengok lah dekat entry-2 yang dulu, satu habuk pun tarakk pasal ceritanya. pergi zoo dengan mak ayah pun tak ade aku nak kongsikan padahal dah cakap nak kongsi kan? apa punya orang lahh aku ni.. haiyoo~ tak apa tak apa, lain kali bile aku rase nak kongsi and menaip dengan perasaan bangganya, aku akan buat entry tu. *alahh! cerita dah lapuk buat ape nak cerita balik, yedakk?* adooo~ okey-2, maaf sangat-2. nampaknya aku terpaksa menarik balik kata-kata aku untuk kongsikan cerita yang lalu. beyond tomorrow lah kan..

hidup ni kite kena selalu pandang ke hadapan. mase lalu tu jadikan sebagai iktibar. faham? orang cakap apa yang dah berlalu usahlah di kenang-kenang. tapi aku ni jenis suke betul mengenang kenangan lalu, lau sedih, mule lah menangis tak masal. waste time and tears je kan? well, that's me. can't stop it since i was young, okey macam sekarang dah tue sangat je kan? MENGARUT!

last night my dad called me, okey seriousely i miss him. dengan adegan sakit puan yang sudah berapa hari aku lalui, memang amat memeritkan hidup aku dekat kolej ni. buat ala-ala childish sikit mengadu dekat dia, and the best part aku buat semalam, being like an innocent actress crying about her fault. REAL FAULT. why? sebab fone BLACKBERRAK seperti kembar aku Aisya gelarkan menates tu, skrin dalamnye pecahh. PECAHH. PECAHHHHH! memang terkilan sangat-sangat sebab aku tak tahu macam mane boleh jadi macam tu. i'm soooo sorry dad. i don't know how's it happens. suddenly saje.. urgkhh~!

sedih kau! itu merupakan fone ke-2 jenis yang same ayah aku berikan. memang sangat mendukacitakan. sumpah lepas ni aku tak akan minta lagi dengan ayah aku fone macam tu. nak menjaganya pun satu hal yang amat menyusahkan, serik sudah aku. harini punye cerita pulak, aku taangguh kan lagi nak ambik duit dekat ATM. yeah, sudah 3 hari aku menangguhkan hasratku ini. tak ape, esok konfem aku keluarkan duit sebabnya dompet aku sudah kelaparan menunggu duit masuk ke dalam perutnya. haish, bukan kite je manusie ni perlu isi perut, benda pun perlu jugak. contoh paling sinonim dalam hidup kite, handfone lah kan. kalau tak ade bateri, sah-sah nazak jadinya. starving for battery. perlu di charge.

petang semalam aku menghabiskan mase dari pukul 2.45 sampai pukul 7 buat carta organisasi bagi persatuan jabatan dengan Kak Baini dan juga partner aku dalam persatuan, Zulhilmi. melayan sekali sakit puan aku semalam, walaupun tak tahan tapi tetap ku gagahi juga. akhirnya Alhadulillah siap. cume malam tu lepas isya' aku tak dapat nak tolong Zulhilmi tampal carta tu dekat wall yang dah di tetapkan sebabnya kondisi aku mase tu tidakk diizinkan untuk join sekali. how sad but really appreciate n thankful for him lah. huhuhu~

okey, cukup sudah sampai kat sini entry kali ini ye.
# sedih mengenangkan nasib my fone. ouh mannn! erkhh..

okey, itu aku. dan dekat sebelah tu partner aku, zulhilmi. ni baru lepas gunting gambar ni. yg da siap lupe pulak nak  snap semalam. kahkah! kami hanya exco penerbitan dan multimedia saje. bukannya dalam kalangan majlis tertinggi.. hiks!

nilah rupa fone aku sekarang. comel betul aku tengok skrinnye sampai keluar airmate ni ha.


No comments:

Post a Comment