Sunday, 27 January 2013

Kerana hari semalam.

alhamdulillah hari ni dapat lagi aku update blog aku. dah berapa hari tak update. bukan tak ade idea untuk kali ni tapi sebab aku  malas. cuti ni habiskan banyak masa dalam bilik. memang sangat menyeronokkan. tanpa kawan sepermainan dalam bilik iaitu Syikin, memang sangatlah awesome ye. BORING. hari ni pulak akak-2 sebilik tak ade, keluar. and Shikin pulak balik lambat dalam beberapa jam yang lalu baru sampai Kipsas ni so memang sangat sepilah kehidupan aku dalam bilik A314 blok yang bernama Iffah ni. ye, macam nama kawan sekolah aku.. haha! blog dia ada dekat sidebar tu. boleh cari sendiri.

okey, beberapa hari yang lepas aku pergi Jengka. ade program and alang-2 itu jugak jumpa orang-2 yang dah lama aku tak jumpa. memang happy walaupun pada masa tu aku dapat 1 berita yang aku nak hindari dari keadaan yang macam tu. okey, aku masih lagi boleh bersabar. yang pasti selama pergi Jengka aku happy dapat jumpe ma, aboh, kak and adik :') anyway, tanpe segan silu kat sini aku nak BOLD kan, RINDU BABY AIQAL :'( seriouse! rindu sangat dekat baby :'0

aku tak tahu kenapa orang boleh berfikiran sempit. hanya fikir untuk kebaikan diri sendiri je. menyesal. kenapa aku cakap menyesal? sebab.. kerana hari semalam lah hal hari ini berlaku. semalam tu maksud aku hari yang dah lepas lah. bukannya semalam tu sehari yang lepas ye. mohon faham :) aku cuba untuk lari dari hal yang akan datang tapi siapalah aku ni, hanya seorang hamba Allah S.W.T yang tak boleh lari dari Qadaq dan Qadar-Nya. yang pasti sekarang, aku perlu redha atas apa yang dah berlaku. nak menyesal sebab minta pertolongan seorang kawan? dah tak berguna sekarang. hal dah terjadi. apa yang penting sekarang, berusaha untuk dapatkan hak aku sendiri.

hal yang besar, tak patut kita buat macam hal tu hal kecik je. fikirlah keadaan orang and apa yang akan berlaku atas perbuatan kita tu. tak payah ambil mudah dalam setiap hal. pernah tak kita fikir mungkin perbuatan kita tu bukan saja bagi kesan pada diri sendiri tapi jugak bagi kesan pada orang lain. okey, aku tak dapat terangkan hal yang sebenar sebab ianya terlalu complicated. hanya dapat terangkan dengan penapisan bahasa dan ayat sahaja. =,='

perempuan ini sedang berusaha untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik :')

No comments:

Post a Comment