Wednesday, 23 January 2013

Kalau dah sayang...

okey, aku baru je balik dari kelas usrah. time kelas usrah yang pertama haritu, korang nak tahu tak, name aku ni tak ada langsung dalam list. yep! macam tu lah nasib student yang terbiar macam aku ni. hahha! actually sebenarnya usrah ni ade untuk semester 4 dan 5 sahaja. tapi disebabkan aku ni dari semester 3 yang sebenar-2nya, itulah yang menjadikan nama aku tak ter'list' dalam senarai. nak buat macam man, disebabkan aku sorang je student media islam semester 3 dekat kipsas ni, terpaksalah aku join bebudak semester 4. kesian kan aku? yeee~ kesian sangat! :'( tapi sekarang dah minggu ke-4 and aku dah ade kumpulan. ngehehe~

malam ni nak pergi Ulu Jempol, Jengka. ade program maulidur rasul esok kat sana. rindu ma dengan abah dekat sane. dah lame tak jumpe. entah kenapa beberapa hari ni aku rasa malas nak pergi sebabnya fikir macam ada lagi hal penting yang aku perlu settle kan tapi bila fikir kenkawan lain pergi, mesti dorang happy dapat jumpa family angkat dorang. jadikan aku adelah rase nak pergi tu datang balik dalam hati ni. tapi tetap lagi berbelah bahagi laa. papepun, aku memang rindu sangat dekat ma, abah, kak and adik kat sane :')

malam ni pergi, esok petang balik. aduh, macam tak berbaloi je kan? yelah, tak nak menyusahkan family angkat kat sane aku rase. dapat bermalam sehari pun dah cukup kot sebabnya kitorang pergi just untuk sambut maulidur rasul sahaja. okey baiklah, aku rasa macam permulaan entry ni lari dari tajuk asal. MAAF!

macam ni, korang mesti pernah alami dilema berkaitan hubungan percintaan ni kan? kata-kata sanggup buat apa saja demi orang yang kita sayang dah sinonim kot dalam sesuatu hubungan. and dengan adanya orang ke-3, ke-4 sampai ke-100 sekalipun dah lali dah dalam proses percintaan ni. babak demi babak silih berganti menjadikan kita lebih matang dalam memilih apa yang kita rasa baik untuk kita mahupun tak. agree?

hehek. masih belum dapat catch up lagi kan apa yang aku maksudkan? okey, aku sendiri tak faham apa yang aku taip dekat atas tu. sebenarnya macam ni, aku nak cakap kalau dah sayang tu memang kita akan fikir nak buat yang terbaik untuk kita  dan orang yang kita sayang tu. aku dalam bab cinta ni, dulu memang terror (perasan) lah. kenapa aku cakap aku terror? sebab mase tu kecik lagi, tak matang. macam-2 yang aku dah lalui dari sekolah lagi dalam aspek percintaan ni. nak tahu lebih lanjut, ade dalam entry aku yang lepas-2. apa-apa hal pandai-2 lah korang cari sendiri entry tu. malas pulak rasa hati ini mahu memberi linknya :P tapi sekarang aku dah ade rase lain sikit. nak cerita pasal cinta ni, nak kate tak ade mud, bukan. aku memang jenis bersemangat nak kongsi hal ni tapi aku fikir macam tak sesuai sangat nak kongsikan dekat tempat public macam ni. rasa macam tak matang je. belum kawin lagi kot. malas nak heboh sangat. tapi kalau hal yang betul-2 menarik tu selesa la jugakkan nak kongsi. kekadang bile orang bace pahtu komen pape, aku rase malu lak. dari situ aku terfikir lah macam tak elok je walaupun komen yang aku dapat komen yang positif la. hehehe~

actually aku suke komen-2 positif dari orang lain pasal cinta-2 ni tapi sekarang aku rasa macam tak payah lah nak cerita sangat adila, takut tak kesampaian nanti lagi banyak orang komen and for sure komen yang negatif. tak nakkk! takut hal macam tu terjadi. sayang tak semestinya perlu bagitahu pada seluruh dunia kan? tapi aku jenis suka bagitahu orang sebabnya aku nak satu hubungan yang jujur, orang akan cop aku ni jenis tak curang sebabnya aku terang-2 je bagitahu orang ramai pasal si dia. cume bila fikir balik macam tak manis kan?

entry yang lepas-lepas banyak betul aku cerita pasal si dia. bila baca balik rase macam aduhh, childishnya kau adila. tapi tak apa, semua tu bagi pengajaran pada aku. makin tua ni kenalah makin matang kan? memang aku ni jenis ngada-ngada tapi pemikiran tu yang penting. kalau attitude tu payaah sikit nak berubah but i'll try lah untuk berubah :')

cukup cuma berkongsi pasal cinta ni dalam hal yang dirasakan begitu penting, luah perasaan ni tak payah kot. malu lah aku bace balik entry yang lepas. ade rase nak buang tapi pada masa yang sama rasa macam tak payah sebab boleh aku jadikan sebagai pengajaran. hahhaa! yelah, manusia ni kan sebenarnya selagi belum mati selagi tulah akan melalui proses kematangan dan pembelajaran, kan? dari yang lepas kita belajar untuk hari ini dan seterusnya.

aku tak pandai dalam merungkai ayat ni. aku masih lemah dalam penulisan. kadang-2 aku sendiri tak faham maksud penulisan yang aku karang. pelik kan? satu kelemahan aku dalam penulisan, bila menaip tu, idea datang, datang berlambak sampai ayat aku jadi berterabur. macam sekarang, aku rase aku nak taip benda lain tadi untuk mengukuhkan lagi tajuk aku kali ni tapi keluar yang lain pulak. aduyai~ okey lah, aku sambung nanti-nanti pulak ye.

ini aku hari ini :) malas nak ngedit gambor. nampak macam pakai tudung sekolah je kan? haha. sy masih bersekolah lagi. ngee~ dusta semata-mata. harini aku pakai tudung kaler whitysoftgrey. tu yang nampak macam pakai tudung sekolah tu. hehek :P


No comments:

Post a Comment