Saturday, 12 January 2013

dah matang ke sekarang ?

haip! ngehehe...

harini aku menghabiskan mase aku dengan membace balik blog mase aku skola dulu. seriousely, memang kelakar sangat. dengan perkataannye yang aku gunekan bahase REMPIT so memang tak matang lah kan. sekarang baru aku tahu kenapa entry yang aku postkan dulu tak pernah di luluskan oleh ayah sendiri. sangat terrible lah!

kalau dulu aku memang suke lah hiaskan sikit perkataan aku dengan menambah beberape huruf tak di iktiraf oleh kamus dewan ataupun kementerian pelajaran malaysia. huruf w dan x memang aku suke benornye tambah dalam perkataan aku. bukan setakat dalam blog, dalam SMS pun same je. yeah, sangat tidak matang. tapi sekarang, dah matang ke? matang dah kan.. yelah, umur pun dah 20 sekarang. haruslah berakal lebih panjang dari dulu-dulu. okey, rindu sangat kenangan zaman sekolah dulu. kuikuikui~

lagipun aku punye course dekat kolej ni pun sangat-sangat-sangat menekankan kreativiti penulisan yang original. bukan main-main macam dulu lagi. nak buat cerpen, novel, skrip, haruslahkan pakai perkataan bahasa melayu yang betul. kalau aku buat novel ayat macam ni,


"eh, kowang nga wat pew tuw?"
"xdew wat papew pown, sajew shuke-shuke duk cney..."

haa, memang tak lah kan orang nak bace penulisan aku, ye tak? malu lah aku wei. haha! so far sekarang gaya dan bahasa penulisan aku sudah di tahap yang baik tapi tak dapat di nafikan dalam SMS memang still lagi di tahap yang teruk macam tu. hahaha~ biaselah, tak formal kan, memang lah jadi over sikit perkataannye, saje nak tunjuk peramah, sporting. kuikui~

tak dinafikan, nak berkarya dalam penulisan ni not very easy as i thought selama ni la. untuk menghasilkan ayat yang baik, unik, sangat lah memerlukan bahasa yang menarik dan penggunaan perkataan yang elok. contoh macam nak buat cuaca, kita boleh tengok sekeliling kita. tengok awan, nampak biru. ayat yang baik, awan kelihatan cerah dan mendamaikan. lebih dramatik, awan yang kebiru-biruan kelihatan sungguh mendamaikan. bagi aku lah sebabnye itu ayat yang aku reka sendiri. nak cakap lulus tu, tak dapat dipastikan lagi tapi aku rase okey lah ayat aku tadi.

kadang-kadang, untuk menarik perhatian orang ni tak boleh jugak terlalu formal kan, sebab tu komik lebih ramai yang minat dari novel sebab bahasa komik tak terlalu formal sangat. aku dari sekolah rendah lagi bahasa malaysia aku dalam penulisan selalu lah dapat A. mak aku pun memang bila dah dapat balik paper exam bahasa melayu dengan bahasa inggeris memang die akan bace lah paper aku lepas tu komen ape-ape yang die rase nak komen. hehe~

nak cakap aku minat dalam penulisan, aku rase tak ade lah minat sangat tapi kadang-kadang aku suke lah menaip n menulis. lebih suke luahan hati contoh sekarang macam dalam blog ni lah. aku boleh luah macam-macam and kongsi segala apa yang aku rasa nak kongsi dengan para blogger yang lain. tak dapat dinafikan, orang yang tak minat langsung dalam penulisan ni sangat merugikan. kenapa aku cakap macam ni? sebab orang tu mesti tak pandai nak menilai sentimental orang lain. bila membaca pun tak ade perasaan sangat lah, lebih tepat tak ada feels. sorry to say~

aku nak belajar lebih baik dalam penulisan tapi aku ni jenis yang cepat bosan jugak bila tiba-tiba aku ketandusan ayat then tak tahu nak sambung ayat tu. secara automatik aku akan malas nak buat dan akan simpannya sampai lah bila aku rasa nak sambung balik. alah, macam novel-novel yang aku buat time sekolah dulu lah, banyak yang sampai sekerat jalan je cerita sebab ni lah, bosan dan ketandusan ayat lepas tu buat novel lain and yang da sedia buat tinggalkan macam tu je. buruk kan perangai aku? jenis suka buat sesuatu separuh jalan je. bad habits dari dulu sampai sekarang.

bila aku ketandusan idea time menulis ceni lah rupe aku . bahaaa!

No comments:

Post a Comment