Monday, 28 January 2013

Selamat Tambah Umur, Kawan :)

Nur Liana Bazilah Binti Bustaman
credit by her FACEBOOK


okey, berdasarkan tajuk di atas tu, cehh dah macam nak jawab soalan exams je. tetttt~! gambar kat atas tu merupakan gambar salah seorang kawan yang aku sayang iaitu Nur Liana Bazilah Binti Bustaman atau aku lebih selesa memanggilnya Bazilah. actually, ni cerita 1st aku masukkan pasal dia dalam blog aku. entry ini aku khaskan untuk dia di perenggan 1st ni dengan ucapan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-20.


heh, x bermakna aku tak pernah cerita pasal dia, aku tak sayang dia and tak amek kisah pasal dia okey! aku sayang lah dia and aku still amek tahu pasal dia. walaupun dia dah jauh belajar dekat Johor and aku pulak dekat Kuantan JER, aku still lagi anggap dia kawan yang aku sayang.

start kenal dia masa standard 5. dia dapat naik kelas masuk kelas aku. aku ni jenis tak memilih dalam menjalinkan sesuatu hubungan persahabatan, PERSAHABATAN ye, bukan benda lain! choii~! so, walaupun ada sedikit kecaman dari kenkawan lain yang entah lah hal budak-2, bile tak suke tak nak kawan kan, ha~ macam tulah, ade yang tak bagi aku kawan dengan die tapi aku still lagi berkawan dengan dia sebabnya aku malas nak amek port dalam gaduh-2 ni. lagipun aku baru masuk sekolah tu mase standard 4 so memang tak tahulah apa kes diorang dengan Bazilah ni. tapi so far dari awal berkawan sampai sekarang alhamdulillah kitorang masih lagi okey and aku pun senang dengan sikap dia. mungkin 1 sifat yang kitorang tekankan, saling menghormati. itu saje kot. kahkah!

gaduh. alah, sudah menjadi perkara biasa dalam setiap hubungan persahabatan. aku dengan SHA pun selalu jugak gaduh dulu, inikan pulak dengan Bazilah ni. dah biase dah. lagipun zaman tak matang lagi dulu memang pelik-2 lah perangai sorang-2. haha! ada hal aku tak cerita pada Bazilah tapi aku cerita pada Sha. ade jugak cerita yang aku tak cerita pada Sha tapi aku cerita pada Bazilah. nak cakap rapat, aku lebih rapat dengan Sha. mybe sebab aku banyak persamaan dengan Sha time zaman sekolah dulu-2 walaupun aku kenal Sha time sekolah menengah tapi Bazilah dari sekolah rendah lagi.

Bazilah ni actually dia dah macam seorang mak untuk aku. dari sekolah rendah dia memang TERbaik dalam soal layanan pada aku. TERsangatlah baik sampaikan kadang-2 bila aku tak buat dia setanding dengan Sha dalam hati aku, aku rase macam aku ni jahat sangat. tapi itulah, aku memang lebihkan Sha dari dia. apa-2pun, aku still sayangkan dia walau apa pun yang jadi. alah, sebenarnya aku ni tak dapat jadikan dia kawan rapat sangat sebenarnya sebab dia ni ha, kejap rapat dengan yang tu lepas tu yang ni jadikan aku payah lah nak lekat sangat dengan dia time sekolah dulu. sebab tu jelas nampak bila aku rapat dengan Sha, kitorang rapat terus, xde berpaling ke lain. kuikui~

okey, untuk BAZILAH..

selamat hari lahir kawan. aku sayang kau wehh, seriouse aku sayang kau. memang aku macam tak amek tau pasal kau, jarang contact kau, kurang layan kau, tapi apa-apa pun kau memang kawan aku yang aku sayang and kawan yang TERbaik dalam menjaga aku and layan aku dengan baik. aku harap kau happy lah dengan family and orang yang kau sayang. aku akan sentiasa sokong kau. terima kasih banyak-2 sebab selama ni kau ada bila aku senang mahupun susah. terima kasih jugak sebab pernah jadi MAK ke-2 aku :') aku hargai sangat semua yang kau dah buat untuk aku. minta maaf sebab kadang-2 selalu buat kau terasa, buat kau ras macam disisihkan tapi sungguh aku cakap aku tak bermaksud nak buat kau macam tu sebab aku memang SAYANGKAN KAU :') KAWAN. aku doakan kau berjaya dalam pelajaran and sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri :) 

 ni gambar-2 kitorang yang ada dalam simpanan aku, zaman-2 sekolah and JAHILIAH kami dahulu :P





Sunday, 27 January 2013

Kerana hari semalam.

alhamdulillah hari ni dapat lagi aku update blog aku. dah berapa hari tak update. bukan tak ade idea untuk kali ni tapi sebab aku  malas. cuti ni habiskan banyak masa dalam bilik. memang sangat menyeronokkan. tanpa kawan sepermainan dalam bilik iaitu Syikin, memang sangatlah awesome ye. BORING. hari ni pulak akak-2 sebilik tak ade, keluar. and Shikin pulak balik lambat dalam beberapa jam yang lalu baru sampai Kipsas ni so memang sangat sepilah kehidupan aku dalam bilik A314 blok yang bernama Iffah ni. ye, macam nama kawan sekolah aku.. haha! blog dia ada dekat sidebar tu. boleh cari sendiri.

okey, beberapa hari yang lepas aku pergi Jengka. ade program and alang-2 itu jugak jumpa orang-2 yang dah lama aku tak jumpa. memang happy walaupun pada masa tu aku dapat 1 berita yang aku nak hindari dari keadaan yang macam tu. okey, aku masih lagi boleh bersabar. yang pasti selama pergi Jengka aku happy dapat jumpe ma, aboh, kak and adik :') anyway, tanpe segan silu kat sini aku nak BOLD kan, RINDU BABY AIQAL :'( seriouse! rindu sangat dekat baby :'0

aku tak tahu kenapa orang boleh berfikiran sempit. hanya fikir untuk kebaikan diri sendiri je. menyesal. kenapa aku cakap menyesal? sebab.. kerana hari semalam lah hal hari ini berlaku. semalam tu maksud aku hari yang dah lepas lah. bukannya semalam tu sehari yang lepas ye. mohon faham :) aku cuba untuk lari dari hal yang akan datang tapi siapalah aku ni, hanya seorang hamba Allah S.W.T yang tak boleh lari dari Qadaq dan Qadar-Nya. yang pasti sekarang, aku perlu redha atas apa yang dah berlaku. nak menyesal sebab minta pertolongan seorang kawan? dah tak berguna sekarang. hal dah terjadi. apa yang penting sekarang, berusaha untuk dapatkan hak aku sendiri.

hal yang besar, tak patut kita buat macam hal tu hal kecik je. fikirlah keadaan orang and apa yang akan berlaku atas perbuatan kita tu. tak payah ambil mudah dalam setiap hal. pernah tak kita fikir mungkin perbuatan kita tu bukan saja bagi kesan pada diri sendiri tapi jugak bagi kesan pada orang lain. okey, aku tak dapat terangkan hal yang sebenar sebab ianya terlalu complicated. hanya dapat terangkan dengan penapisan bahasa dan ayat sahaja. =,='

perempuan ini sedang berusaha untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik :')

Wednesday, 23 January 2013

Kalau dah sayang...

okey, aku baru je balik dari kelas usrah. time kelas usrah yang pertama haritu, korang nak tahu tak, name aku ni tak ada langsung dalam list. yep! macam tu lah nasib student yang terbiar macam aku ni. hahha! actually sebenarnya usrah ni ade untuk semester 4 dan 5 sahaja. tapi disebabkan aku ni dari semester 3 yang sebenar-2nya, itulah yang menjadikan nama aku tak ter'list' dalam senarai. nak buat macam man, disebabkan aku sorang je student media islam semester 3 dekat kipsas ni, terpaksalah aku join bebudak semester 4. kesian kan aku? yeee~ kesian sangat! :'( tapi sekarang dah minggu ke-4 and aku dah ade kumpulan. ngehehe~

malam ni nak pergi Ulu Jempol, Jengka. ade program maulidur rasul esok kat sana. rindu ma dengan abah dekat sane. dah lame tak jumpe. entah kenapa beberapa hari ni aku rasa malas nak pergi sebabnya fikir macam ada lagi hal penting yang aku perlu settle kan tapi bila fikir kenkawan lain pergi, mesti dorang happy dapat jumpa family angkat dorang. jadikan aku adelah rase nak pergi tu datang balik dalam hati ni. tapi tetap lagi berbelah bahagi laa. papepun, aku memang rindu sangat dekat ma, abah, kak and adik kat sane :')

malam ni pergi, esok petang balik. aduh, macam tak berbaloi je kan? yelah, tak nak menyusahkan family angkat kat sane aku rase. dapat bermalam sehari pun dah cukup kot sebabnya kitorang pergi just untuk sambut maulidur rasul sahaja. okey baiklah, aku rasa macam permulaan entry ni lari dari tajuk asal. MAAF!

macam ni, korang mesti pernah alami dilema berkaitan hubungan percintaan ni kan? kata-kata sanggup buat apa saja demi orang yang kita sayang dah sinonim kot dalam sesuatu hubungan. and dengan adanya orang ke-3, ke-4 sampai ke-100 sekalipun dah lali dah dalam proses percintaan ni. babak demi babak silih berganti menjadikan kita lebih matang dalam memilih apa yang kita rasa baik untuk kita mahupun tak. agree?

hehek. masih belum dapat catch up lagi kan apa yang aku maksudkan? okey, aku sendiri tak faham apa yang aku taip dekat atas tu. sebenarnya macam ni, aku nak cakap kalau dah sayang tu memang kita akan fikir nak buat yang terbaik untuk kita  dan orang yang kita sayang tu. aku dalam bab cinta ni, dulu memang terror (perasan) lah. kenapa aku cakap aku terror? sebab mase tu kecik lagi, tak matang. macam-2 yang aku dah lalui dari sekolah lagi dalam aspek percintaan ni. nak tahu lebih lanjut, ade dalam entry aku yang lepas-2. apa-apa hal pandai-2 lah korang cari sendiri entry tu. malas pulak rasa hati ini mahu memberi linknya :P tapi sekarang aku dah ade rase lain sikit. nak cerita pasal cinta ni, nak kate tak ade mud, bukan. aku memang jenis bersemangat nak kongsi hal ni tapi aku fikir macam tak sesuai sangat nak kongsikan dekat tempat public macam ni. rasa macam tak matang je. belum kawin lagi kot. malas nak heboh sangat. tapi kalau hal yang betul-2 menarik tu selesa la jugakkan nak kongsi. kekadang bile orang bace pahtu komen pape, aku rase malu lak. dari situ aku terfikir lah macam tak elok je walaupun komen yang aku dapat komen yang positif la. hehehe~

actually aku suke komen-2 positif dari orang lain pasal cinta-2 ni tapi sekarang aku rasa macam tak payah lah nak cerita sangat adila, takut tak kesampaian nanti lagi banyak orang komen and for sure komen yang negatif. tak nakkk! takut hal macam tu terjadi. sayang tak semestinya perlu bagitahu pada seluruh dunia kan? tapi aku jenis suka bagitahu orang sebabnya aku nak satu hubungan yang jujur, orang akan cop aku ni jenis tak curang sebabnya aku terang-2 je bagitahu orang ramai pasal si dia. cume bila fikir balik macam tak manis kan?

entry yang lepas-lepas banyak betul aku cerita pasal si dia. bila baca balik rase macam aduhh, childishnya kau adila. tapi tak apa, semua tu bagi pengajaran pada aku. makin tua ni kenalah makin matang kan? memang aku ni jenis ngada-ngada tapi pemikiran tu yang penting. kalau attitude tu payaah sikit nak berubah but i'll try lah untuk berubah :')

cukup cuma berkongsi pasal cinta ni dalam hal yang dirasakan begitu penting, luah perasaan ni tak payah kot. malu lah aku bace balik entry yang lepas. ade rase nak buang tapi pada masa yang sama rasa macam tak payah sebab boleh aku jadikan sebagai pengajaran. hahhaa! yelah, manusia ni kan sebenarnya selagi belum mati selagi tulah akan melalui proses kematangan dan pembelajaran, kan? dari yang lepas kita belajar untuk hari ini dan seterusnya.

aku tak pandai dalam merungkai ayat ni. aku masih lemah dalam penulisan. kadang-2 aku sendiri tak faham maksud penulisan yang aku karang. pelik kan? satu kelemahan aku dalam penulisan, bila menaip tu, idea datang, datang berlambak sampai ayat aku jadi berterabur. macam sekarang, aku rase aku nak taip benda lain tadi untuk mengukuhkan lagi tajuk aku kali ni tapi keluar yang lain pulak. aduyai~ okey lah, aku sambung nanti-nanti pulak ye.

ini aku hari ini :) malas nak ngedit gambor. nampak macam pakai tudung sekolah je kan? haha. sy masih bersekolah lagi. ngee~ dusta semata-mata. harini aku pakai tudung kaler whitysoftgrey. tu yang nampak macam pakai tudung sekolah tu. hehek :P


Sunday, 20 January 2013

nasib kau lah ADILA .

yo yo yo~ apa khabar semua? lama sudah tidak meng'ayat' di sini. waha~ padahal baru berapa hari je kot. yeah, kalau ikutkan hati, aku nak sangat updates blog SETIAP hari tapi itulah. ketandusan idea untuk membuat entry. same saje seperti para blogger yang lain. bila ada idea, berlambak pulak sampai tak tahu nak  kongsi yang mana satu dulu, tapi bila dah tak ada, terkapai-kapai sudah imaginasi dan buah fikiran sehingga membuatkan kita terasa KOSONG KOSONG KOOOSONG~

aku ni dah banyak kali kot cakap dekat korang nak cerita apa yang jadi time aku menyepikan diri tapi tengok lah dekat entry-2 yang dulu, satu habuk pun tarakk pasal ceritanya. pergi zoo dengan mak ayah pun tak ade aku nak kongsikan padahal dah cakap nak kongsi kan? apa punya orang lahh aku ni.. haiyoo~ tak apa tak apa, lain kali bile aku rase nak kongsi and menaip dengan perasaan bangganya, aku akan buat entry tu. *alahh! cerita dah lapuk buat ape nak cerita balik, yedakk?* adooo~ okey-2, maaf sangat-2. nampaknya aku terpaksa menarik balik kata-kata aku untuk kongsikan cerita yang lalu. beyond tomorrow lah kan..

hidup ni kite kena selalu pandang ke hadapan. mase lalu tu jadikan sebagai iktibar. faham? orang cakap apa yang dah berlalu usahlah di kenang-kenang. tapi aku ni jenis suke betul mengenang kenangan lalu, lau sedih, mule lah menangis tak masal. waste time and tears je kan? well, that's me. can't stop it since i was young, okey macam sekarang dah tue sangat je kan? MENGARUT!

last night my dad called me, okey seriousely i miss him. dengan adegan sakit puan yang sudah berapa hari aku lalui, memang amat memeritkan hidup aku dekat kolej ni. buat ala-ala childish sikit mengadu dekat dia, and the best part aku buat semalam, being like an innocent actress crying about her fault. REAL FAULT. why? sebab fone BLACKBERRAK seperti kembar aku Aisya gelarkan menates tu, skrin dalamnye pecahh. PECAHH. PECAHHHHH! memang terkilan sangat-sangat sebab aku tak tahu macam mane boleh jadi macam tu. i'm soooo sorry dad. i don't know how's it happens. suddenly saje.. urgkhh~!

sedih kau! itu merupakan fone ke-2 jenis yang same ayah aku berikan. memang sangat mendukacitakan. sumpah lepas ni aku tak akan minta lagi dengan ayah aku fone macam tu. nak menjaganya pun satu hal yang amat menyusahkan, serik sudah aku. harini punye cerita pulak, aku taangguh kan lagi nak ambik duit dekat ATM. yeah, sudah 3 hari aku menangguhkan hasratku ini. tak ape, esok konfem aku keluarkan duit sebabnya dompet aku sudah kelaparan menunggu duit masuk ke dalam perutnya. haish, bukan kite je manusie ni perlu isi perut, benda pun perlu jugak. contoh paling sinonim dalam hidup kite, handfone lah kan. kalau tak ade bateri, sah-sah nazak jadinya. starving for battery. perlu di charge.

petang semalam aku menghabiskan mase dari pukul 2.45 sampai pukul 7 buat carta organisasi bagi persatuan jabatan dengan Kak Baini dan juga partner aku dalam persatuan, Zulhilmi. melayan sekali sakit puan aku semalam, walaupun tak tahan tapi tetap ku gagahi juga. akhirnya Alhadulillah siap. cume malam tu lepas isya' aku tak dapat nak tolong Zulhilmi tampal carta tu dekat wall yang dah di tetapkan sebabnya kondisi aku mase tu tidakk diizinkan untuk join sekali. how sad but really appreciate n thankful for him lah. huhuhu~

okey, cukup sudah sampai kat sini entry kali ini ye.
# sedih mengenangkan nasib my fone. ouh mannn! erkhh..

okey, itu aku. dan dekat sebelah tu partner aku, zulhilmi. ni baru lepas gunting gambar ni. yg da siap lupe pulak nak  snap semalam. kahkah! kami hanya exco penerbitan dan multimedia saje. bukannya dalam kalangan majlis tertinggi.. hiks!

nilah rupa fone aku sekarang. comel betul aku tengok skrinnye sampai keluar airmate ni ha.


Friday, 18 January 2013

kesibukan minggu ini :)

okey, akhirnya aku berkesempatan jugak updates post malam ni :) syukur alhamdulillah.. minggu ni aku sangat sibuk di sebabkan oleh MQA yang datang untuk check course aku. almaklumlah, course baru so perlulah di pantau oleh MQA. many-many alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar. sangat mengembirakan hati ini. hari ni aa, wa manyak happy so wa mao blanja you all yang datang sini selalau makan tak bayar, dengan cerita free sahaja. cehh! macam selame ni kenakan bayaran je untuk orang yang nak bace kan? kuang-3!


well, aku sebenarnya sekadar nak berkongsi gambar-2 mase aku sibuk saje. minggu ni ulang alik kr studio dengan auditorium saje kami bebudak media. actually, dalam gambar memang nampak happy dan tidak sibuk tapi sebenarnya ianya amatlah bertentangan dengan apa yang akan anda lihat di bawah nanti ye. like satu pepatah, sambil menyelam minum air lah bohh. (harap maklum: LAH BOH TIADA DALAM KAMUS DEWAN DAN PERPUSTAKAAN) apa-apa pun, have a nice seeing all of those okey. :) #sebenarnya aku tahu ade yang jenis malas nak membace, suke tengok gambar je. kan? haha.

dengan Jannah :)
dengan sayang saye Myra :)


photographer tu Aiman, videographer tu Haziq.

pendeknye aku! >:(



save GAZA!



azza, jannah and me :D

wat sedap.. hahhaa!



yang dekat pintu tu lecturer aku Puan Faiqah. macam student je kan? comel molek je.. kuikui~

yang berkopiah tu ustaz aku. alah, ustaz yang aku pna cite buat rumah terbuka hari raya tahun lepas tu lah.. hihik!
dengan Zifa :)



no tittle #2

as usual, student macam aku ni memang tak pernah lepas dari kesibukan. lebih tepat hidup sentiase rushing bile dah start belajar di kolej. tak macam sekolah, boleh nak melengah-lengah. oh ye,, baru teringat aku masih belum siapkan lagi cerpen yang Cik Jue suruh buat. hahhaa~ masih lagi menagguhkan kerja seperti dahulu. i've never change. teruk benor! tak ape tak ape, lepas Helwi nanti aku buat.

kejap lagi Helwi ni. nanti aku bagitahu ape Helwi tu ye. yang pasti sekarang untuk permulaan entry harini, aku nak cakap kejap lagi aku cerita pasal kesibukan yang aku lalui minggu ni. meletihkan tapi menyeronokkan jugak.. dah kena bersiap nak pergi Helwi sudaa~

well, nanti aku sambung. :)



Sunday, 13 January 2013

Ah! Ape soalan yang aku tanye daa...

pernah tak korang tanye kenkawan korang soalan yang korang tak sepatutnye tanye? contoh macam korang dah tahu ape yang diorang nak buat lepas korang tanye lagi diorang. aku selalu macam tu and aku yakin not only me being like that. so do all of you right? weird... kenape perlu tanye soalan yang dah sedia tahu jawapannye yekk?

contoh soalan yang pernah aku tanye and sepatutnya tak tanye macam ni :

1 . nampak kawan nak naik atas katil lewat malam then tanye "nak naik tidur dah?" of course lah die nak naik tidur kan bile dah lewat malam. takkan nak pergi kafe pulak kan naik atas katil.

2. nampak kawan keluar bilik mandi lepas mandi then tanye "dah siap mandi dah?" of course lah die dah siap mandi kan, kalau tak siap lagi buat ape keluar dari bilik mandi. ye tak?

3. nampak kawan sidai kain then tanye "sidai kain ye?" aduhh, memang lah tengah sidai kain, takkan tengah basuh kain pulak kan?

4. nampak kawan buka makanan then tanye "nak makan ke?" sah-sah lah nak makan kalau tengah buke makanan lepastu ade makanan depan kawan tu dan terang-terangan lagi aku nampak makanan tu.

5. nampak kawan baru bangun tidur boleh lagi tanye "dah bangun dah?" haihh, dah nampak dye sedar tu tak ade lagi atas katil memang sure lah dah bangun tidur kan?

ade banyak lagi sebenarnya soalan yang aku dah tahu jawapannye tapi aku tanye lagi kawan-2 aku sampaikan aku rase ni aku ni saje je nak banyak cakap tu yang tanye hal yang tak sepatutnya ditanya. tapi, kekadang soalan-2 ni boleh dijadikan sebagai topik untuk mulakan percakapan gak kan cume ada setengah situasi macam tak sesuailah nak dijadikan macam tu. mengarut saja aku ni.. =.='


Saturday, 12 January 2013

dah matang ke sekarang ?

haip! ngehehe...

harini aku menghabiskan mase aku dengan membace balik blog mase aku skola dulu. seriousely, memang kelakar sangat. dengan perkataannye yang aku gunekan bahase REMPIT so memang tak matang lah kan. sekarang baru aku tahu kenapa entry yang aku postkan dulu tak pernah di luluskan oleh ayah sendiri. sangat terrible lah!

kalau dulu aku memang suke lah hiaskan sikit perkataan aku dengan menambah beberape huruf tak di iktiraf oleh kamus dewan ataupun kementerian pelajaran malaysia. huruf w dan x memang aku suke benornye tambah dalam perkataan aku. bukan setakat dalam blog, dalam SMS pun same je. yeah, sangat tidak matang. tapi sekarang, dah matang ke? matang dah kan.. yelah, umur pun dah 20 sekarang. haruslah berakal lebih panjang dari dulu-dulu. okey, rindu sangat kenangan zaman sekolah dulu. kuikuikui~

lagipun aku punye course dekat kolej ni pun sangat-sangat-sangat menekankan kreativiti penulisan yang original. bukan main-main macam dulu lagi. nak buat cerpen, novel, skrip, haruslahkan pakai perkataan bahasa melayu yang betul. kalau aku buat novel ayat macam ni,


"eh, kowang nga wat pew tuw?"
"xdew wat papew pown, sajew shuke-shuke duk cney..."

haa, memang tak lah kan orang nak bace penulisan aku, ye tak? malu lah aku wei. haha! so far sekarang gaya dan bahasa penulisan aku sudah di tahap yang baik tapi tak dapat di nafikan dalam SMS memang still lagi di tahap yang teruk macam tu. hahaha~ biaselah, tak formal kan, memang lah jadi over sikit perkataannye, saje nak tunjuk peramah, sporting. kuikui~

tak dinafikan, nak berkarya dalam penulisan ni not very easy as i thought selama ni la. untuk menghasilkan ayat yang baik, unik, sangat lah memerlukan bahasa yang menarik dan penggunaan perkataan yang elok. contoh macam nak buat cuaca, kita boleh tengok sekeliling kita. tengok awan, nampak biru. ayat yang baik, awan kelihatan cerah dan mendamaikan. lebih dramatik, awan yang kebiru-biruan kelihatan sungguh mendamaikan. bagi aku lah sebabnye itu ayat yang aku reka sendiri. nak cakap lulus tu, tak dapat dipastikan lagi tapi aku rase okey lah ayat aku tadi.

kadang-kadang, untuk menarik perhatian orang ni tak boleh jugak terlalu formal kan, sebab tu komik lebih ramai yang minat dari novel sebab bahasa komik tak terlalu formal sangat. aku dari sekolah rendah lagi bahasa malaysia aku dalam penulisan selalu lah dapat A. mak aku pun memang bila dah dapat balik paper exam bahasa melayu dengan bahasa inggeris memang die akan bace lah paper aku lepas tu komen ape-ape yang die rase nak komen. hehe~

nak cakap aku minat dalam penulisan, aku rase tak ade lah minat sangat tapi kadang-kadang aku suke lah menaip n menulis. lebih suke luahan hati contoh sekarang macam dalam blog ni lah. aku boleh luah macam-macam and kongsi segala apa yang aku rasa nak kongsi dengan para blogger yang lain. tak dapat dinafikan, orang yang tak minat langsung dalam penulisan ni sangat merugikan. kenapa aku cakap macam ni? sebab orang tu mesti tak pandai nak menilai sentimental orang lain. bila membaca pun tak ade perasaan sangat lah, lebih tepat tak ada feels. sorry to say~

aku nak belajar lebih baik dalam penulisan tapi aku ni jenis yang cepat bosan jugak bila tiba-tiba aku ketandusan ayat then tak tahu nak sambung ayat tu. secara automatik aku akan malas nak buat dan akan simpannya sampai lah bila aku rasa nak sambung balik. alah, macam novel-novel yang aku buat time sekolah dulu lah, banyak yang sampai sekerat jalan je cerita sebab ni lah, bosan dan ketandusan ayat lepas tu buat novel lain and yang da sedia buat tinggalkan macam tu je. buruk kan perangai aku? jenis suka buat sesuatu separuh jalan je. bad habits dari dulu sampai sekarang.

bila aku ketandusan idea time menulis ceni lah rupe aku . bahaaa!

Friday, 11 January 2013

no title =.=

ape kaber semue? cehh, terikut kawan aku si Azza pulak. semester lepas lecturer aku baru balik dari Medan. lepas tu dah masuk kelas tu boleh pulak Azza tersasul tanye lecturer aku tu "APE KABER CIKJUE?" haha, riuh lah jugak kelas time tu dengar. yelah, tibe-tibe je tersasul cakap macam tu. comel kan? yeah, that's my friend :)

okey, berbalik pade tajuk... eh! i forgot that this entry had no title. sorry.. aku tak tahu nak buat title ape. dah lame kot tak updates blog. sibuk okey sibuk. bukannye sebab malas ke hape tapi sebab sibuk dengan kerja-kerja persatuan jabatan. yelah, memula dapat tanggaungjawab sebagai exco ni memang payah laa sikit nak bahagikan masa untuk itu and ini, hope lame-lame nanti aku boleh biasekan diri.

majlis perlancaran bagi persatuan jabatan untuk semester yang baru pun dah berlangsung beberapa hari yang lepas. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. kerja aku pulak bagi kelas cik jue dah start dah menulis-nulis. buat cerpen segala bagai. dulu time sekolah banyak aku buat novel rekaan tapi semuanya sampai sekerat jalan je. eh! ada satu je yang siap, satu je lah tapi itu pun endingnya macam bukan ending lagi je.. haha!

9 Januari haritu kelas cik jue, cik jue buat outdoor class. dia suruh ambik gambar sekeliling bagi mendapatkan inspirasi untuk buat novel. alah, dalam kolej je outingnye punn.. ngehe.. then lepas tu minggu lepas kena kemaskan studio. actually, yang muslimin lah yang banyak kemaskan, kami ni kaum muslimat ade jugak nolongnye tapi... hehehe... no more explaination :P

semalam kelas kajian television, masuk bilik tayangan tengok tv. pepagi bute lagi puan faiqah ajak tengok malaysia hari ini. dah habis tu tengok berita lepas tu tengok boboboi. kelakakan kitorang? konon nak tengok astro last-last puan tak bagi and suruh tengok TV1 dengan TV3 je. haha! hehh, itupun banyak soalan okey untuk rancangan yang kitorang tonton. perlu ulaskan isi penting. bagi boboboi pulak kena ulaskan apa yang positif dan negatif. sambil menyelam minum air laa bohhh.. kuikui~

okey, kejap lagi nak pergi kafe beli makanan. insyaAllah aku sambung balik nanti dengan entry yang ber'title' ye. nah ni gambar time outdoor class bersama cik jue :)


itulah lecturer aku, cik juwairiah hassan :)





with my sayang, Amira :)