Thursday, 20 December 2012

Tentang Aku

Nama penuh aku yang sebenar-benarnya adalah Nur Adila binti Abd Aziz.
Setakat ni nama glemer yang pernah aku guna Adila Juwita Zhee dengan Adila Luria. Adila Juwita Zhee tu sebabnya aku suka nama Juwita tu and Zhee tu aku ambik dari nama ayah aku Aziz. kalau Adila Luria pulak, asalnya dari blablablablabla.. tetttt tett tettt tettt.. SECRET. tapi dari sekolah Tingkatan 5 lagi nama Luria tu memang dah sinonim lah bagi aku and sekarang pun bebudak kat kolej ade yang panggil aku ADILA LURIA. ngehehe~
aku mula tengok dunia ciptaan Allah SWT ni pada 13 February 1993. kalau ikut barat aku ni ber'zodiac' Aquarius. heh! jangan cari pulak horoscope pasal si Aquarius untuk kenal diri aku macam mana, haram okey percaya pada horoscope! bace pun dah haram. takenote takenote.
mak ayah aku bagi aku ade lima orang adik beradik dan aku adalah anak sulung serta satu-2nya anak perempuan dalam family aku. empat orang adik tu semuanya lelaki and alhamdulillah mereka one direction, tidak ada yang khunsa. *ouch!
aku asalnya dari Besut, Setiu. then time umur lima tahun ayah aku bawak kitorang ni pindah Kemaman dan aku ni kire membesar di Kemaman lah sampai tingkatan lima. habis tingkatan lima aku pindah Puchong pulak kat kampung halaman ayah aku, Selangor. yeah, hidup aku memang banyak pindah randah and seriousely, I HATE IT!
sekarang aku still lagi belajar. dekat KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH. sesape yang dari dulu duk follow cerita blog aku memang tahulah aku still study sebabnya dah banyak jugaklah post yang lepas-2 aku cerita tentang kehidupan aku di kolej.
oh terlupa nak bagitahu yang aku merupakan pelajar jurusan Media Islam dan bakal masuk semester 3.
this is not my first blog ekceli. this is my third blog. satu blog lame dulu time sekolah menengah aku pun dah lupe name ape blog tu and email segala password pun dah lupe so terpakse buat lain dah habis sekolah. blog kedua pulak aku guna atas nama ella juwita zhee tapi it's fully english so aku privatekan sebab i know that my english was very terrible. aku buat tu sebab awal tahun 2011 ayah aku challenged aku buat blog fully english so for my dad i made it. huwahuwa~
buat mase sekarang kawan TERbaik yang aku pernah ada, Syaidatul Aisyah binti Anuar dengan Norfaizatul Amira binti Samian. aku sayang diorang sangat-sangat-sangat ye. friendship till jannah.
aku suke bile orang buat kelakar dekat aku coz i feels like they comfortable laa stay with me.
my favourite activity is drawing sebab aku.. sukelah! haha.
my favourite colour is PINK COLOUR lahh.. nengok blog ni pon dah boleh decide yang aku ni tergolong dalam pinkaholic.. kuikui~
aku suka sebut "NGEK" and my most over-used saying is probably "NGEK". haha!
aku punye favourite meals adalah BAKSO yang pedas kaw-2 punye berserta air Horlicks. kenkadang bile pergi kedai makan mak aku akan marah aku order Horlicks ice sebab die jemu dah nengok aku minum air tu. dah die marah aku order Horlicks ice so dengan buat muke kiut-miutnye aku akan order HORLICKS SUAM. kihkih! dan mak aku terpakselah diam sambil menggelengkan kepalenya.
i consider myself to be healthy but fitness is not really important lah for me sebab aku ni kenkadang time nak makan banyak, banyak jugak melahapnya.. kuangkuang..
aku tak perlukan life or lifestyle changes coz i also think it's still okey from now on.
the person yang support aku the most ofcourselah my parents! they helped me in my life since i'm a baby kan.. hihihi
the best time of the day for me is SATURDAY! because aku boleh tidur lepas Subuh and bangun lewat SIKIT. SIKIT ye tak banyak. (cover-2)
aku suke suasane sunset and mendamaikan. lagipun aku ni ala-2 pontianak (mengarut) kire bersiap sedialah time tu tapi tak ape, aku tak reti hisap darah orang and yang paling GEMPAK aku tak boleh dengan darah. pening-2. and scary lew~
aku nak sangat jumpa Heliza Helmi, Feeda, Shila Hamzah and pendek kate aku nak sangat jumpe artis negara kita sebenarnya, aku tak nak autograf diorang, aku nak bergambar dengan dorang.. senyumm.. 1 2 3 *kacikk!* kuat bunyi flash tu.. hahak!
aku tak boleh dengan serangga seperti lipas, belalang, pepatung, kumbang and etc, tak boleh jugak dengan ular and ulatt.. hieeeee~ tabole tabole tabolee!
aku alergik dengan nenas and udang. pernah termakan and badan aku secare auto matiknya gatal-2 dan tangan aku secara auTO matik jugak berkerja dengan rajin dan gigihnya menggaru.
cite-2 aku nak jadi pengarah filem tapi kalau dapat jadi assistant pengarah filem pun jadilah asalkan bukan tukang beli makanan untuk pelakon-2 sudahlah. tapi kalau diikutkan hati ni nak sangat buka butik kedai baju baby. aku memang suke benda yang comel-2, kecik-2 and kiut-2 ni.. tambahan lagi, aku suke baby.. huhuhu~ lambat ye nak kawen? *okey dah melalut sekarang
aku rase aku terpaksa stop kat sini sekarang sebab aku makin nak melalut cakap entah ape-2 dah ni.. haha! papepun, this is me and aku bersyukurlah atas nikmat yang dah Allah bagi dekat aku dari aku kecil sampailah sekarang. THANK YOU ALLAH :')

inilah aku, satu-2nya anak perempuan pengarang jantung, hati, limpa, buah pinggang dan sebagainya untuk Datuk Abd Aziz dan Datin Hartini.
*gelaran Datuk Datin adalah untuk 'vouge'kan cerita semata-mata. (nampak tak permainan dia kat situ?)

1 comment: