Sunday, 16 December 2012

Semester baru akan tiba :D


pejam celik pejam celik dah nak masuk semester baru dah aku ni. dulu hingusan lagi masuk kolej mase semester 1 akhir tahun, tahun lepas. kelakar je bile ingat balik. terpilih jadi penghuluwati. wowowo~ memang kenangan yang tak dapat dilupekan lah sebabnye aku bertanggungjawab jage kawan-2 yang satu semester dengan aku mase orientasi. okey tak dinafikan memang besar tanggungjawab tu. kena kejutkan pagi-2 time subuh ketuk pintu bilik kawan-2 yang lain bawak pergi jemaah dekat masjid. kena marah dengan fasilitator bila ahli tak cukup. memang mencabar kesabaran ye tapi alhamdulillah aku bernasib baik sebab intake aku sikit je pelajar jadi senang nak cover and diorang semua pun bagi kerjasama yang baik pade aku.

semester dua yang lepas pulak so far perjalanan study aku alhamdullillah baik walaupun banyak jugak cabaran dalam soal persahabatan. time semester satu baru kenalkan, bile dah lame stay together barulah tahu macam mane perangai sorang-2.. susah nak cari kawan yang betul-2 boleh terima kite and betul-2 ikhlas nak kawan dengan kite ni. memang keikhlasan tu tak dapat dinilai and dilihat tapi sikap seseorang terhadap diri kita tu dapat buat kita sedarlah kepentingan kita bagi die and jugak kesungguhan die dalam menjaga hubungan persahabatan dengan kite. betul tak?

minggu lepas aku check result. budak-2 kolej cakap result dah keluar and boleh check dalam portal pelajar. aku check dan ALHAMDULILLAH aku dapat result yang tak pernah aku jangkekan selame ni. sungguh aku bersyukur pade Allah SWT sebab perkenankan doa aku namun hati aku ni timbul sikit kerisauan untuk semester yang akan datang. aku risau aku tak dapat kekalkan result aku tu. aku risau aku tak dapat catch up pembelajaran semester yang akan datang. yang pasti aku sedar mungkin Allah nak aku terus berusaha dalam pelajaran biar aku risau untuk jatuh dan akan terus berusaha keatas.

21hb ni aku akan berangkat semula ke kolej. beberapa hari sebelum tu mybe aku akan sibuk beli barang and kemaskan barang untuk bersiap sedia. cuti sebulan lebih je tapi aku rase macam dah berbulan-2 cuti and aku rase cuti ni memang cukup untuk aku stay kat rumah ni. haha! well, i will miss my mom's cooks lah nanti. huhuhu~ it's okey.. aku janji dengan mak ayah aku yang kali ni aku akan belajar bersungguh-2 untuk kekalkan result ni. ayah aku pun dah banyak ikut perangai aku cuti ni so BIG THANKS lah for him. i love you sooo much dad! muah!! and you too mum :) i love both of you very-very-very much! hohoho.

well, untuk persediaan awal bagi  subjek akan datang Jannah dah inform awal-2 pasal semua subjek semester depan. tapi aku belum search lagi untuk persediaan awal tu. haha! mybe esok kot aku cari itupun kalau aku rajin lah nak start study. ouh! harus pakse diri untuk berubah ni. Adila Adila..




No comments:

Post a Comment