Wednesday, 19 December 2012

Penangan Salah Tidur

wehh, korang pernah tak salah tidur? mesti pernah kan? aku dah berapa hari dah salah tidur. and ini terjadi setiap kali aku balik rumah. balik rumah je salah tidur, balik rumah je salah tidur.. haiyoo~ stress woo~ bile salah tidur ni, bangun esok pagi mesti sakit-2 badan punye. ehh, korang faham tak ape maksud salah tidur aku ni? ianya bermaksud mase kita tidur, posisi tidur kita tak betul.

bila posisi badan tak betul, kita akan tidur dalam keadaan yang membuatkan badan kita letih dan secara automatiknya bila bangun esok tu kita akan rasa sakit-2 badan. so, itulah yang aku sering alami tiap kali aku balik rumah. huhuhuw~

cakap pasal tidur ni aku suke tau tengok baby tidur. mendamaikan jiwa dan raga aku ni je. dahlah comel, muke innocence nak mampos baii! jatuh hati aku bile tengok baby tidur. kenkadang ade gak aku terfikir kalau aku tidur mesti MACAM baby! *yaw~sile muntah sekarang* wahaha! comel baii baby tidur. tak boleh blah aku..

okey berbalik pada tajuk asal, penangan salah tidur ni memang merupakan salah satu masalah besar bagi aku sebenarnya sebab ianya menjadikan aku jadi MALAS di rumah. yelah, bile badan tak sihat disebabkan salah tidur buat ape pun tak selesa. APTB betol larr~

aku search dekat encik google, cara tidur yang paling baik adalah cara Rasulullah SAW tidur. para saintis sendiri akui posisi tidur Rasulullah SAW boleh dijadikan sebagai model yang TERBAIK tau! posisi tidur Baginda boleh merehatkan badan dan menjaga tulang leher kita.

cara Rasulullah SAW tidur,
Baginda lazimnya meletakkan tapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya.

Rasulullah SAW juga bersabda,

         " Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu
                                                                                        (HR. Bukhari dan Muslim)

so, sekarang marilah kita sama-2 praktikkan diri kita tidur cara Rasulullah tidur. cehh, dah rase macam iklan komersial pulak ajak macam ni, kuikuikui~ heh! kite sama-2 nak tubuh badan yang sihatkan? haa~ fikir-2kan lahh..


aww~ comelnya baby dila tidur!
p/s : hanya orang-2 yang iri hati sahaja akan rasa nak muntah sekarang :P
 
 


No comments:

Post a Comment