Friday, 21 December 2012

Sannah helwa to my dearest cousin, Miaa Anderson :)

harini sepupu aku Mia Anderson a.K.a Mimi Syuhaida bertambah umurnya menjadi genap 18 tahun. da besar dah kau erk? dulu kecik-kecik selalu main-main same-same, makan same-same, mandi same-same, gaduh same-same, sume same-same lah! time aku balik kampung lah sebab  dia dari kecik stay rumah arwah grandma so ofcourse lah balik kampung muka dia sebati dimata aku time kat rumah nenek :) kuikui~

actually, dia ni ade kakak. kakaknye same umur dengan aku. birthday kakaknya dah lepas, bulan September haritu. aku time tu hilang ingatan so tak sempat wish. okey korang boleh kutuk aku *ape punye cousin lah!* okey sejak masing-2 habis sekolah dah jarang jumpe. jujur cakap memang sedih sebab aku rindu sangat kenangan zaman kecik-2 kitorang. serius aku happy giler stay dengan dorang walaupun kenkadang gaduh. hahhah!

aku tak dapat nafikan kitorang renggang sejak habis sekolah pun salah aku sebenarnya sebab macam jauhkan diri dari diorang, aku buat macam tu ade motif okey sebenarnya. mybe diorang kecewa dengan perangai aku tapi tak apelah, aku tak dapat nak undur balik cume yang pasti aku still sayangkan dorang macam dulu :') *nanges

aku harap harini dia sambut birthday dia  dengan happy lah. dah lame tak dengar cerita die. die ni memang bannyak cerita and aku sukelah kongsi macam-2 dengan die. tak dapat dinafikan aku lebih banyak kongsi cerita dengan dia lah dari kakak dia. and sebenarnya dengan dia jugak lah aku selalu gaduh time kecik-2 dulu berbanding dengan kakak die. haha!

aku doakan dia dapat capai ape yang dia nak. dia dapat sambung belajar dekat tempat yang dia idam-2kan and dia sabar lah dengan apapun masalah yang jadi pade die pade mase yang akan datang. aku nak minta maaf dengan dia atas ape saja sala silap aku dari kecik sampai sekarang :)

inilah sepupu aku, Miaa Anderson :) lawa? yelah, tengoklah sepupu die ni macam mane kan?
*okey aku memang tak sedar diri. SERIUS!


happy birthday MIMI :'). iloveyou and imissyou 

Thursday, 20 December 2012

Cinta zaman muda dulu.

maaf, entry ini hanya untuk berkongsi cerita zaman aku mude-2 dulu. cehh! macam sekarang dah tue je. eh kire tue dah tau dah melebihi 18 tahun sudah okey! bangge semacam je rase perasaan ketika ini. kuikui~ sape yang tengah bace sekarang ni umur atas 18 tahun angkat kening sekali! tak nampak lah! lagi sekali.. angkat kening sekali... oh maaf, sape yang ikut tu memang blablablabla laa yek sebab dah name bace blog memanglah aku tak nampak kan? *okey maaf* ---> kita geng! *SETT*

aku dulu first couple time standard 6. that time pergkhh jangan cakap lah, macam hape je. si S lah ajak aku couple time tu kire die 'lamar' aku dekat luar tepi pagar sekolah. memang lawak bile kenkadang die ade bonceng aku naik basikal hantar balik rumah. hey! pengorbanan tu ye sebab sekolah tengah-2, rumah die right side n rumah aku left side. sanggup okey die hantar aku balik rumah lepas tu baru balik rumah die. serius memang cinte zaman dulu kala sebabnya naik basikal tulah.. hakhak! dah banyak konflik, orang ketige keempat masuk, putus. okey CINTA KERA betul lah!

lepas tu time form 1 aku stop kejap couple then continue balik relationship aku dengan si S sekejap je tak sampai sebulan sebab ade lagi haa lalat-2 yang menyibuk nak memeriahkan drama kami. terus aku blah then time form 2 aku couple dengan si F. si F ni memang grunge lah. eleh, memang orang panggil die grunge pun sebenarnya. si F ni pulak budaknye selalu ponteng kelas, kerja sekolah tak buat. mase orang tahu kitorang declare memang riuh jugaklah. bukan riuh happy ke ape tapi riuh tak setuju. haha! aku sebenarnya accept him coz aku tak boleh lah bile orang ajak couple then tunjuk icon mesej muke sedih-2 segala bagai lepas tu datang rumah pulak buat muke toye jadi aku terima jelah. lepas hal si S dulu, aku jadi payah lah nak sayangkan orang lagi sebab dah serik kot time tu.

tepat sebulan, we're brokeup coz i can't stands with him anymore. aku tak dapat buat hati aku sayangkan die, and at the same time adik angkat die cari gaduh dengan aku sebab die suke si F tu. dorang ni kire satu geng ponteng kelas lah. isap rokok sesame ape sume so start si F dengan aku, die banyak jugak berubah. jarang ponteng kelas jadi adik angkat die yang dah sememangnya suka dekat die tu jeles and marah lah kan so aku pun mintak clash. ITSOVER. CINTA ORANG UTAN betul!

form 3 aku stop couple. no story for form 3.

form 4 ramai bebudak baru masuk sekolah aku. yelah time tukan dah habis PMR. budak dari sekolah premier yang keputusannya tak berapa okey kena tendang masuk sekolah aku. ade sorang ni si S, alah S jugak. tapa tapa, aku jadikan dia SR lah senang. okey entah macam mane si SR ni ajak aku couple. time tu aku ni nak ke tak nak nak ke tak nak lepas tu entah dari mane semangat tu datang, cakap.. nak lah! *gedik* then kitorang pun declare. dah hangit-2 bercintan tu ade pulak dah manusia terdahulu dalam hidup dia buat hal and aku dapat tahu si SR ni.. adelah somthing wrong time tu menjadikan aku minta clash. then ITSOVERTOO. CINTA CIPENZI!

cuti sekolah akhir tahun time form 4, aku kerja dekat Pasaraya Borong Sakan. alah tak nak buang mase kan time cuti sekolah. aku dengan kawan sekelas aku si T kerja dekat Sakan Kemaman tu. haa~ sesape yang duduk area Kemaman tu memang dah sebatilah dengan nama and ghupe pasaraya tu. hakhak! akhir tahun tu sebelum berhenti kerja untuk masuk sekolah balik, ade sorang pekerja dekat Sakan si F, alahhhh! F jugakk! FZ lah aku gelarkan dia, haa~ si FZ ni memula die panggil aku adik lepastu aku tak tahu macam mane tetibe boleh couple. siryes memang aku tak pasti macam mana boleh couple tu. aku rase aku tak pernah accept die tapi die anggap kitorang couple. at the same time, aku rapat dengan ehem ehem.. mr.sayang aku lah ye.. hihihi~ walaupun mr.sayang kerja sekali dengan kitorang, die tak rapat sangat dengan si FZ tu.

masuk sekolah untuk form 5 and mr.sayang pulak masuk upper 6, aku dapat tahu something pasal si FZ. mr.sayang aku ni berkawan rapat dengan adik si FZ, die cakap dekat aku adik si FZ banyak cerita pasal si FZ dekat die and die suruh aku berhati-2 lah dengan si FZ tu. at the same time jugak, akak yang kerja dekat Sakan tu selalu contact aku report pasal si FZ and aku dapat tahu die menggatal dengan staff baru kat situ and yang paling BEST, die couple dengan akak yang selalu report pasal die dekat aku tu. tapi time tu aku tak sedih pun sebabnya aku tak tahu mase mane kitorang boleh couple and aku memang dah agak sebenarnya. awal masuk kerja situ dulu tu ade staff yang bagitahu aku pasal die awal-2 lagi tu yang aku tak terkejut tu. ngehehe~ aku siap cakap pade akak tu "tak ape kak, dila tak sayang pun die". kahkah!

8 Januari 2010 aku clash dengan si FZ. CINTA GORILLA!



Tentang Aku

Nama penuh aku yang sebenar-benarnya adalah Nur Adila binti Abd Aziz.
Setakat ni nama glemer yang pernah aku guna Adila Juwita Zhee dengan Adila Luria. Adila Juwita Zhee tu sebabnya aku suka nama Juwita tu and Zhee tu aku ambik dari nama ayah aku Aziz. kalau Adila Luria pulak, asalnya dari blablablablabla.. tetttt tett tettt tettt.. SECRET. tapi dari sekolah Tingkatan 5 lagi nama Luria tu memang dah sinonim lah bagi aku and sekarang pun bebudak kat kolej ade yang panggil aku ADILA LURIA. ngehehe~
aku mula tengok dunia ciptaan Allah SWT ni pada 13 February 1993. kalau ikut barat aku ni ber'zodiac' Aquarius. heh! jangan cari pulak horoscope pasal si Aquarius untuk kenal diri aku macam mana, haram okey percaya pada horoscope! bace pun dah haram. takenote takenote.
mak ayah aku bagi aku ade lima orang adik beradik dan aku adalah anak sulung serta satu-2nya anak perempuan dalam family aku. empat orang adik tu semuanya lelaki and alhamdulillah mereka one direction, tidak ada yang khunsa. *ouch!
aku asalnya dari Besut, Setiu. then time umur lima tahun ayah aku bawak kitorang ni pindah Kemaman dan aku ni kire membesar di Kemaman lah sampai tingkatan lima. habis tingkatan lima aku pindah Puchong pulak kat kampung halaman ayah aku, Selangor. yeah, hidup aku memang banyak pindah randah and seriousely, I HATE IT!
sekarang aku still lagi belajar. dekat KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH. sesape yang dari dulu duk follow cerita blog aku memang tahulah aku still study sebabnya dah banyak jugaklah post yang lepas-2 aku cerita tentang kehidupan aku di kolej.
oh terlupa nak bagitahu yang aku merupakan pelajar jurusan Media Islam dan bakal masuk semester 3.
this is not my first blog ekceli. this is my third blog. satu blog lame dulu time sekolah menengah aku pun dah lupe name ape blog tu and email segala password pun dah lupe so terpakse buat lain dah habis sekolah. blog kedua pulak aku guna atas nama ella juwita zhee tapi it's fully english so aku privatekan sebab i know that my english was very terrible. aku buat tu sebab awal tahun 2011 ayah aku challenged aku buat blog fully english so for my dad i made it. huwahuwa~
buat mase sekarang kawan TERbaik yang aku pernah ada, Syaidatul Aisyah binti Anuar dengan Norfaizatul Amira binti Samian. aku sayang diorang sangat-sangat-sangat ye. friendship till jannah.
aku suke bile orang buat kelakar dekat aku coz i feels like they comfortable laa stay with me.
my favourite activity is drawing sebab aku.. sukelah! haha.
my favourite colour is PINK COLOUR lahh.. nengok blog ni pon dah boleh decide yang aku ni tergolong dalam pinkaholic.. kuikui~
aku suka sebut "NGEK" and my most over-used saying is probably "NGEK". haha!
aku punye favourite meals adalah BAKSO yang pedas kaw-2 punye berserta air Horlicks. kenkadang bile pergi kedai makan mak aku akan marah aku order Horlicks ice sebab die jemu dah nengok aku minum air tu. dah die marah aku order Horlicks ice so dengan buat muke kiut-miutnye aku akan order HORLICKS SUAM. kihkih! dan mak aku terpakselah diam sambil menggelengkan kepalenya.
i consider myself to be healthy but fitness is not really important lah for me sebab aku ni kenkadang time nak makan banyak, banyak jugak melahapnya.. kuangkuang..
aku tak perlukan life or lifestyle changes coz i also think it's still okey from now on.
the person yang support aku the most ofcourselah my parents! they helped me in my life since i'm a baby kan.. hihihi
the best time of the day for me is SATURDAY! because aku boleh tidur lepas Subuh and bangun lewat SIKIT. SIKIT ye tak banyak. (cover-2)
aku suke suasane sunset and mendamaikan. lagipun aku ni ala-2 pontianak (mengarut) kire bersiap sedialah time tu tapi tak ape, aku tak reti hisap darah orang and yang paling GEMPAK aku tak boleh dengan darah. pening-2. and scary lew~
aku nak sangat jumpa Heliza Helmi, Feeda, Shila Hamzah and pendek kate aku nak sangat jumpe artis negara kita sebenarnya, aku tak nak autograf diorang, aku nak bergambar dengan dorang.. senyumm.. 1 2 3 *kacikk!* kuat bunyi flash tu.. hahak!
aku tak boleh dengan serangga seperti lipas, belalang, pepatung, kumbang and etc, tak boleh jugak dengan ular and ulatt.. hieeeee~ tabole tabole tabolee!
aku alergik dengan nenas and udang. pernah termakan and badan aku secare auto matiknya gatal-2 dan tangan aku secara auTO matik jugak berkerja dengan rajin dan gigihnya menggaru.
cite-2 aku nak jadi pengarah filem tapi kalau dapat jadi assistant pengarah filem pun jadilah asalkan bukan tukang beli makanan untuk pelakon-2 sudahlah. tapi kalau diikutkan hati ni nak sangat buka butik kedai baju baby. aku memang suke benda yang comel-2, kecik-2 and kiut-2 ni.. tambahan lagi, aku suke baby.. huhuhu~ lambat ye nak kawen? *okey dah melalut sekarang
aku rase aku terpaksa stop kat sini sekarang sebab aku makin nak melalut cakap entah ape-2 dah ni.. haha! papepun, this is me and aku bersyukurlah atas nikmat yang dah Allah bagi dekat aku dari aku kecil sampailah sekarang. THANK YOU ALLAH :')

inilah aku, satu-2nya anak perempuan pengarang jantung, hati, limpa, buah pinggang dan sebagainya untuk Datuk Abd Aziz dan Datin Hartini.
*gelaran Datuk Datin adalah untuk 'vouge'kan cerita semata-mata. (nampak tak permainan dia kat situ?)

Wednesday, 19 December 2012

Penangan Salah Tidur

wehh, korang pernah tak salah tidur? mesti pernah kan? aku dah berapa hari dah salah tidur. and ini terjadi setiap kali aku balik rumah. balik rumah je salah tidur, balik rumah je salah tidur.. haiyoo~ stress woo~ bile salah tidur ni, bangun esok pagi mesti sakit-2 badan punye. ehh, korang faham tak ape maksud salah tidur aku ni? ianya bermaksud mase kita tidur, posisi tidur kita tak betul.

bila posisi badan tak betul, kita akan tidur dalam keadaan yang membuatkan badan kita letih dan secara automatiknya bila bangun esok tu kita akan rasa sakit-2 badan. so, itulah yang aku sering alami tiap kali aku balik rumah. huhuhuw~

cakap pasal tidur ni aku suke tau tengok baby tidur. mendamaikan jiwa dan raga aku ni je. dahlah comel, muke innocence nak mampos baii! jatuh hati aku bile tengok baby tidur. kenkadang ade gak aku terfikir kalau aku tidur mesti MACAM baby! *yaw~sile muntah sekarang* wahaha! comel baii baby tidur. tak boleh blah aku..

okey berbalik pada tajuk asal, penangan salah tidur ni memang merupakan salah satu masalah besar bagi aku sebenarnya sebab ianya menjadikan aku jadi MALAS di rumah. yelah, bile badan tak sihat disebabkan salah tidur buat ape pun tak selesa. APTB betol larr~

aku search dekat encik google, cara tidur yang paling baik adalah cara Rasulullah SAW tidur. para saintis sendiri akui posisi tidur Rasulullah SAW boleh dijadikan sebagai model yang TERBAIK tau! posisi tidur Baginda boleh merehatkan badan dan menjaga tulang leher kita.

cara Rasulullah SAW tidur,
Baginda lazimnya meletakkan tapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya.

Rasulullah SAW juga bersabda,

         " Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu
                                                                                        (HR. Bukhari dan Muslim)

so, sekarang marilah kita sama-2 praktikkan diri kita tidur cara Rasulullah tidur. cehh, dah rase macam iklan komersial pulak ajak macam ni, kuikuikui~ heh! kite sama-2 nak tubuh badan yang sihatkan? haa~ fikir-2kan lahh..


aww~ comelnya baby dila tidur!
p/s : hanya orang-2 yang iri hati sahaja akan rasa nak muntah sekarang :P
 
 


Tuesday, 18 December 2012

Kisah Seram : Rumah di Seksyen 2


okey kali ni aku postkan cerita KHAS buat adik sorang ni MUSTAQIM sebab nak sangat cerita seram merengek merungut dalam blog pages facebook aku. kuikui~ harap-2 seram lah untuk die ye.. haha! :P


eh, ni bukan rumahnye.. saje je cari kat encik google khas untuk tajuk ni.. hihi :)


"9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.

Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.

Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.

Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.

Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!

Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.

Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.

Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.

Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310..."

okey SERAM tak? kalau seram, BAGUSSS :) kalau tak seram maaflah, ini aje cerita real yang aku rase seram.. haha! :P

Betul Ke ?


ade orang cakap sayang tak semestinya memiliki. betul ke? ade orang cakap kalau kite sayangkan seseorang tu, lepaskan dia pergi. kalau dia milik kita, dia akan kembali. betul ke? ade orang cakap rindu tu sifat yang selfish sebab kita nak dia ada dengan kita setiap mase je. betul ke?

kenapa ye cinta ni rumit? orang cakap cinta akan membahagiakan seseorang tu bila orang yang dia sayang tu pun sayangkan dia jugak. betul ke? memang cinta ni perlu berbalas sayang ke? untuk pupuk rase cinta tu kena saling sayang menyayangi, saling percaya, jujur dan saling menerima antara satu sama lain, penting ke semua tu? kalau sayang saje tak cukup eyh? hehek :D

dulu dia tanya aku "SAYANG SAJE MEMANG TAK CUKUP EYH DALAM CINTE NI?" aku tak tahu nak jawab ape time tu. and sekarang aku pulak yang tertanya-tanya apa yang dia tanya aku tu. "SAYANG SAJE TAK CUKUP KE?". selalu dengar orang tua-2 cakap budak muda sekarang tak tahu ape tu erti cinta. betul ke ape yang diorang cakap tu? kalau mak dengan ayah kite tu bersama kira atas dasar cinta lah kan? dah diorang kawin mase mude kan? kire diorang kawin mase tak tahu erti cinta ke erk?

orang cakap cinte perlukan pengorbanan. kire kena korbankan orang lain ke untuk buktikan cinta tu? bunuh orang buat korban, macam tu ke? ade jugak yang cakap cinta perlukan kekuatan mental. maknanya kalau orang gila tak boleh bercinta lah kan? eh, orang gila bercinta tak erk? bila cakap pasal cinta, macam-2 ada dalam kepala ni. soalan dan jawapan bercampur baur sampaikan tak tahu nak jelaskan macam mana.

kalau lelaki biasa akan salahkan perempuan bila ada masalah, dan perempuan pulak akan mengalah. betul ke cinta tu perempuan selalu kena mengalah? pelikkan cinta ni? ah! makin banyak fikir nak taip ape, maki rumit pulak otak ni. haha! tapi ade sebenarnya ada cinta yang akan kekal abadi, tak payah nak fikir banyak, tak payah nak berkorban iaitu CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH :) kena semat dalam hati selalu :D

tapi... betul ke cinta ni perasaan yang menyeksakan?
(okey-2 dah-2) :D


Sunday, 16 December 2012

Semester baru akan tiba :D


pejam celik pejam celik dah nak masuk semester baru dah aku ni. dulu hingusan lagi masuk kolej mase semester 1 akhir tahun, tahun lepas. kelakar je bile ingat balik. terpilih jadi penghuluwati. wowowo~ memang kenangan yang tak dapat dilupekan lah sebabnye aku bertanggungjawab jage kawan-2 yang satu semester dengan aku mase orientasi. okey tak dinafikan memang besar tanggungjawab tu. kena kejutkan pagi-2 time subuh ketuk pintu bilik kawan-2 yang lain bawak pergi jemaah dekat masjid. kena marah dengan fasilitator bila ahli tak cukup. memang mencabar kesabaran ye tapi alhamdulillah aku bernasib baik sebab intake aku sikit je pelajar jadi senang nak cover and diorang semua pun bagi kerjasama yang baik pade aku.

semester dua yang lepas pulak so far perjalanan study aku alhamdullillah baik walaupun banyak jugak cabaran dalam soal persahabatan. time semester satu baru kenalkan, bile dah lame stay together barulah tahu macam mane perangai sorang-2.. susah nak cari kawan yang betul-2 boleh terima kite and betul-2 ikhlas nak kawan dengan kite ni. memang keikhlasan tu tak dapat dinilai and dilihat tapi sikap seseorang terhadap diri kita tu dapat buat kita sedarlah kepentingan kita bagi die and jugak kesungguhan die dalam menjaga hubungan persahabatan dengan kite. betul tak?

minggu lepas aku check result. budak-2 kolej cakap result dah keluar and boleh check dalam portal pelajar. aku check dan ALHAMDULILLAH aku dapat result yang tak pernah aku jangkekan selame ni. sungguh aku bersyukur pade Allah SWT sebab perkenankan doa aku namun hati aku ni timbul sikit kerisauan untuk semester yang akan datang. aku risau aku tak dapat kekalkan result aku tu. aku risau aku tak dapat catch up pembelajaran semester yang akan datang. yang pasti aku sedar mungkin Allah nak aku terus berusaha dalam pelajaran biar aku risau untuk jatuh dan akan terus berusaha keatas.

21hb ni aku akan berangkat semula ke kolej. beberapa hari sebelum tu mybe aku akan sibuk beli barang and kemaskan barang untuk bersiap sedia. cuti sebulan lebih je tapi aku rase macam dah berbulan-2 cuti and aku rase cuti ni memang cukup untuk aku stay kat rumah ni. haha! well, i will miss my mom's cooks lah nanti. huhuhu~ it's okey.. aku janji dengan mak ayah aku yang kali ni aku akan belajar bersungguh-2 untuk kekalkan result ni. ayah aku pun dah banyak ikut perangai aku cuti ni so BIG THANKS lah for him. i love you sooo much dad! muah!! and you too mum :) i love both of you very-very-very much! hohoho.

well, untuk persediaan awal bagi  subjek akan datang Jannah dah inform awal-2 pasal semua subjek semester depan. tapi aku belum search lagi untuk persediaan awal tu. haha! mybe esok kot aku cari itupun kalau aku rajin lah nak start study. ouh! harus pakse diri untuk berubah ni. Adila Adila..




Sokongan untuk Skuad Bola Kita.

beberapa hari yang lepas, kite dikejutkan dengan satu keputusan bolasepak yang amat mendukacitakan apabila skuad Harimau Malaya kite tertindas 2-0 dek skuad Gajah Putih (Thailand). yep! sangat menyedihkan.. malam tu dalam facebook dan twitter aku tengok  bermacam-macam post dari peng"tweet" dan facebookers post dari awal perlawanan sampailah habis perlawanan. pasal padang, pengadil berat sebelah dan sebagainya. dimase pertame perlawanan aku tak tengok, just ikuti perkembangan dalam facebook dan twitter sahaja. tapi bile dah separuh mase terakhir tu aku dah tak tahan kan time tu rase nak jugak tengok terus pergi tengok. aku sebenarnye malas nak tengok sebab aku takut kaki aku ni ha menendang sekali dengan pemain-2 bola tu. diorang tak ape tendang bola tapi aku ni kang tv tu yang jadi mangse. aku memang tak boleh la tengok bola ni. nampak skuad lawan kecik besar kecik besar je. (terover pulak,maaf!)



okey, macam nilah.. kenape aku nak ungkitkan kisah yang dah lepas tu? sebenarnye sebab nilah.. aku cume nak kongsikan feeling akulah malam tu. memang lah sedih sebab kalah cume aku terkilan pade segelintir rakyat kite ni ha.. pelbagai jenis sokongan yang diberikan untuk Skuad Bola negara kita tapi yang paling aku sokong suruh berdoa untuk bantu skuad kite, yelah nak pergi tengok dekat Thailand tu susah, jauh lah jugak kalau jalan kaki or berbasikal kan.. dah suruh-2 berdoa tu boleh pulak menyumpah and bukannye seorang tapi ramai.. aigoo~

hey, kalau Allah tak izin Malaysia menang haritu memang tak akan menanglah kite. adatlah bertanding ada menang kalah, main kotor belakang kirelah biase propa bagi yang berduit kite tak ade kuase nak lawan. kite kalah bermaruah okey! tak main kotor, usaha gigih! nampak tak pemain-2 kite malam tu berhempas pulas semate-2 nak naikkan name negare kite? tak payahlah sampai nak menyumpah-2 sesape dalam permainan tu. Allah maha mengetahui, Dia yang tentukan segalanye. kenape takdir jadi macam tu, hanya Allah saja yang tahu..

satu lagi pasal nyumpah-menyumpah ni, aku bukan ape, kesianlah pade orang yang berdoa untuk kemenangan Malaysia malam tu, sangat menaruh harapan. ade ke patut, orang duk berdoa kite ni duk menyumpah. adooyai~ macam mane doanye nak terangkat? fikirlah peeps.. bukan kite yang tentukan semuanya. Allah. jadi kenape kite nak menyumpah atas ape yang dah ditetapkan? berdoalah biar skuad kita berjaya buat mase yang akan datang and makin kuat dalam setiap perlawanan.

SELAMANYA HARIMAU MALAYA!






people judgemental =.='

seperti yang aku postkan dalam facebook aku pasal people judgemental, aku sememangnya sangat muak with the judgement of people yang SELALU caring terlebih pasal kehidupan aku. contoh yang paling aku menyampah adalah soal STUDY! aku tak faham apelah yang orang nak sangat bezakan antara universiti dengan kolej. aku rase same je tempat belajar jugak. okey tak dinafikan memang universiti ni banyak kelebihan dari segi bantuan pembelajaran dan juga kualiti pembelajaran itu sendiri tapi tak semestinya KAMI ni yang pelajar KOLEJ senang-2 je boleh dipandang rendah? bukannye tak nak masuk universiti tapi dah Allah tak izin nak buat macam mane? rezeki Allah dah tetapkan lah masing-masing punye.. ramai jugak yang berkelulusan sekarang tapi nak boleh kan dapatnye masuk universiti tu terpakse tunggu dalam mase yang panjang. bersyukurlah pade orang yang dah dapat masuk universiti tu.

tempat belajar tak elok nak dibanding-bandingkan.. same je taraf tempat timba ilmu. ape yang nak dibandingkan sangatnye? nak cakap keistimewaan? setiap tempat belajar ade kelebihan and kelemahan.. aku malas laa nak jadi macam sesetengah pihak yang saling mengate antare universiti and kolej diorang tapi aku memang tak boleh lah orang pandang rendah pade aku semate-mate sebab aku ni PELAJAR KOLEJ. hellooo~ aku bangge okey jadi pelajar kolej JE, lagipun kolej aku akan dinaiktaraf tahun 2014 nanti jadi universiti gak.

hal paling best dalam hidup aku bile family sendiri yang pandang rendah pade aku. boleh pulak cakap pade adik aku jadikan contoh sepupu aku yang CERDIK PANDAI belajar dekat universiti jurusan kedoktoran tu.. bukan seorang yang cakap macam tu tapi ramai. heh! menyampah okey aku menyampah. dah pandang rendah dekat family aku dari dulu lagi sekarang nak babitkan hal pelajaran aku pulak. sepatutnye bersyukur ade salah sorang dari family yang PANDAI, buat doa selamat dengan hati yang ikhlas bukan untuk menunjuk, and tak pandang rendah pade orang lain. tu baru sifat yang terpuji. sifat yang akan buatkan aku rendah diri. ni bile sikap macam ni buatkan aku jadi pandang sebelah mate je. btw, aku memang tak pernah minat subjek kedoktoran. subjek sains time sekolah dulu pun aku banyak buat hal, keje rumah tak siap segale bagai sebab tu result dulu sekadar lulus tapi aku tak shock laa sebab aku memang dah agak. dah subjek kite tak minat memang payah lah nak survive bile diri ni tak sanggup nak pakse biar minat.

satu lagi pasal ISLAM. yeah, bukannye Islam agama tu tapi pasal tempat belajar yang ade name Islam. aku pun tak faham lah ape kena dengan minda masyarakat zaman sekarang. asal ade name Islam je cakap alim, ustaz, ustazah. okey terima kasih sebab meng'label'kan kami ni sebegitu rupe tapi tolonglah hormat sikit sensitiviti masing-2. kitorang ni berdarah mude lagi jugak. hal alim kadang tolak tepi jugak. dah masing-2 ade nafsu. time mude ni jugaklah nak try buat macam-2.. soal dosa pulak kitorang same jugak pernah buat dosa and mybe masih buat dosa cuma berlainan je perbuatan tu dalam sedar mahupun tak sedar. wallahuallam lah kan.. family aku yang duk pandang rendah pade aku pun makin pandang rendah sebab aku ni pelajar kolej Islam. kononnye aspek Islam ni tak dapat bawe kemana la bagi diorang. ya Allah, diorang sape nak judge ilmu Allah ni? diorang sape nak judge taraf ilmu Allah ni? orang Islam pandang rendah pade keilmuan Islam? macam mane tu? masya-Allah.. susah nak cakap perasaan aku ni macam mane. ilmu Islam boleh dibanding-bandingkan macam tu. mane pergi Iman dalam diri tu? tolong jangan jadi kolot sangatlah. setiap pelajaran semuanya asalnya dari para ilmuan Islam termasuklah ilmu kedoktoran tu okey. haiyoo~

cakap pasal people judgemental ni memang tak akan habis punye.. cuak pulak aku bile banyak fikir pasal ni. APTB~ papepun memang aku kecewa la pade sesetengah masyarakat yang tergolong dalam golongan macam ni. ketuk dade tanye iman lah.. hiuhh~

aku pelajar KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH dalam jurusan MEDIA ISLAM