Thursday, 25 October 2012

semangat raya :)

sekarang aku dah ade dekat Cherating, rumah Kak Nor, sepupu aku. semalam sepupu aku adik Kak Nor iaitu Kak Umi ambik aku dekat kolej and aku bawak sekali Si Kuning, Azza :) esok dah raye. 1st time tau aku raye tanpe family asas iaitu parents and siblings. sedih tu sedih lah jugak tapi nak buat macam mane, tak dapat nak balik and my mum pun tak nak ambik aku :'( huwww~ dah macam anak terbuang pulak. ngeee~ ;D

bercakap pasal semangat raya, hmmm... memang bersemangat lah jugak sebab ade kawan and family Che Ngah aku pulak jenis sporting habis so best lah sejak datang sini. Azza pun nampak boleh masuk jugak dengan family ni buatkan aku tak risau sangatlah. lagipun kitorang stay chalet Kak Nor aku dekat Duyong berdue, so selesa lah jugak walaupun dalam hati kitorang memang nak sangat ade Si Hijau, Mira. rinduu Miraaa~ :'( Mira balik Rompin beraye dengan family die.. uhuhuw~ kesian kitorang beraye di perantauan.. (yeah, perantauanlah sangat :p)

malam ni anak sulung Che Ngah aku satu familynya datang. tak pernah lagi tengok anak bongsu die name Aidi tu. nak sangat tengok. anak pertama dengan keduanye dah tengok dah tapi time tu dorang still kecik lagi. mesti sekarang dah besar sikit kan. yelah, manusie makin membesar kan, bukan makin mengecil. hahaw! so far, selame duduk sini aku sibuk dengan Azza round-2 satu cherating dengan menaiki basikal sewa yang berwarna pink. comel sangat basikal tu buatkan kitorang berkenan nak sewa. hahak! RM5 untuk satu jam. mahal kan? tapi harini kitorang dapat RM20 sampai Ahad ni. pakcik tu nak balik kampung, mybe die dah serabut sebab dari semalam kitorang sewa basikal die buatkan die bagi sewa sampai hari Ahad. hohoho~

nanti untuk entry cerita raye lah baru aku upload photo semuanya ye. papehal, thanks sudi bace :)



Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua ;)




gadis ini yang menaip,

No comments:

Post a Comment