Saturday, 1 September 2012

Shooting for Mylea Collection Bag :p

hey korang.. seperti yang aku bagitahu semalam harini aku ade shooting untuk assignment periklanan aku. sangat pening kepale nak pilih barangan ape yang nak dibuat sebagai barangan untuk katalog. #_# ikutkan hati, nak sangat buat pakaian tapi kumpulan lain dah buat pulak dah. aku ni siap rancang lagi macam mane nak buat semua tu last-2 si Haziq pulak dah ambik idea aku tu awal-awal lagik! sangat menyakitkan hati ye..

dah habis bincang ape semua, kitorang berpendapat nak buat katalog kereta ataupun beg and kalau korang nak tau, yang tak best sangat tu bile ahli kumpulan sendiri yang harus menjadi model barangan tersebut. aduhh, yang tu payah sikit sebab aku ni tak pernah ade pengalaman dalam jadi model ape semua ni. berlakon untuk semester yang lepas pun dah cukup buat aku serik untuk tonjolkan diri pade audiens tapi tak dapat buat ape bile course aku ni memang perlu menonjolkan diri di khalayak ramai. =.='

tadi sebelum Zohor kitorang bertolak pergi bandar Kuantan dengan menaiki teksi sebabnya decide nak solat dekat sane je. dah sampai Megamall, pergi makan dulu sekejap, round-2 dalam tu then ke Mylea Collection Boutique. assistant kedai tu memang baik sangat and bagi kerjasama, aku memang berterima kasih sangat pade die sebab sudi terima kitorang untuk mem'promote'kan beg jenama dorang. time shooting tu memang kelam kabut sangat. perasaan malu jangan cakap lah ye! sangat-2 malu tapi aku buat biase je. lagipun kawan aku Zifa jenis sporting and steady je so tak kisah lah. Ima dengan Mira walaupun diorang jenis pemalu sangat tapi diorang still bagi kerjasama yang sangat baik petang tadi. time shoot bermula untuk style-2 gayekan beg, aku memang kekok sangat. HAHA! rase banyak sangat 'slek' yang ade dalam setiap gambar kitorang sebab kitorang memang tak berpengalaman langsung untuk jadi model. ngeee~ :D

dah siap shooting, kitorang pergi East Cost Mall pulak untuk beli donut Big Apple :) dah siap tu round satu shopping complex tu sampai penat then pergi makan dekat Kenny Rogers. dah kenyang ape semue baru balik. sampai kolej muke ni rase panas sangat sebab memang penat. badan sakit and kaki teramat sakit. time makan kat Kenny tu aku check fone tengok ade due misscall dari PULAPOL Mr.Sayang. okay, sangat mengecewakan bila tak dapat bercakap dengan die. dah 2 hari tau tunggu panggilan dari die, tapi tak ade pun. and bile dah ade ni tak dapat bercakap pulak. okay TERKILAN sangat sekarang ye :'(

for now, aku masih menunggu panggilan dari die. mesti die risau bile aku tak jawab panggilan die sebab sejak akhir-2 ni die asyik cakap die risau kat aku je. takut jadi pape kat aku. padahal aku okey je, die tu banyak sangat fikir bukan-2. risau sangat.. haishh, rindu die :'(






gadis ini yang menaip,

No comments:

Post a Comment